Journal of Fiqhiyyat http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat
Journal of Fiqhiyyat (FIQHIYYAT) is a refereed e-journal published by Akademi Fiqh Islami Malaysia/Islamic Fiqh Academy of Malaysia (AFHAM). It is published twice a year, in January and July. The main objective of the publication is to create a platform to publish original articles, research results, case studies and book reviews related to the field of Fiqh, Usul Fiqh, Qawaid Fiqh, Maqasid Syariah or Siyasah Syariyyah.

e-ISSN: 2805-4679

Indexing
Journal of Fiqhiyyat (FIQHIYYAT) has been indexed in:

1. Google Scholar.

2. Directory of Research Journals Indexing (DRJI).

en-US jofiqhiyyat@gmail.com (Managing Editor) jofiqhiyyat@gmail.com (Admin) Fri, 01 Jul 2022 00:00:00 +0000 OJS 3.2.1.2 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 The Rule Of Fasting (Daurah Edition) http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/18
Buku Fiqh Puasa (Edisi Daurah) ini merupakan hasil terjemahan dan huraian Ustas Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin ke atas Bab Puasa dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadramiyyah fi Fiqh al-Sadah al-Syafi’iyyah karangan al-‘Allamah Abdullah bin Abdul Rahman Bafadal al-Hadhrami. Pada asalnya, penulis buku ini mensyarahkan kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah di hadapan para penuntut ilmu dalam beberapa siri daurah. Kemudian, pihak Ikon Syabab Resources mengambil inisiatif untuk menzahirkan hasil sesi syarahan tersebut ke dalam bentuk penulisan buku. Hal ini bertujuan mengekalkan manfaat ilmu dan dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas serta merungkai segala salah faham yang timbul berkenaan ibadah puasa dalam kalangan masyarakat. Hasil kerja pihak Ikon Syabab Resources ini, kemudiannya telah dinilai semula dan ditambahbaik oleh penulis sendiri sebelum ia dicetak dan dipasarkan.
Mohd Farouq Nukman Zamri Copyright (c) 2022 Journal of Fiqhiyyat http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/18 Fri, 01 Jul 2022 00:00:00 +0000 The Application Of Concepts Halalan Tayyiban In Food Premises: A Conceptual Discourse http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/25
Islam emphasizes halal and tayyib foods in Muslim life. Allah SWT had already presented the explanation and the guidelines for consuming halal and tayyib foods in the Quran and Hadith of the Prophet SAW. Thus, choosing halal and tayyib foods is closely related to the selection of halal food premises. However, applying for halal certification for food premises is not compulsory in Malaysia. It is questionable how the application of concepts of halalan tayyiban in food premises is practised. Therefore, this study aimed to investigate the application of halalan tayyiban concepts in food premises according to Quran, Hadith of the Prophet SAW, Malaysian Halal Certification Procedure Manual and food hygiene regulations. To achieve this aim, the concept analysis was conducted by using inductive approach and this analysis is based on library research. From the analysis can be identified five factors the application of halalan tayyiban applicable in determining halal food premises. The five factors are foods and drinks, employees, sanitation systems, equipment and management systems. This study is expected to help Muslim consumers in the selection of halal food premises and help industry players in developing halal food premises.

Abstrak
Islam menitikberatkan makanan halal dan tayyib dalam kehidupan seorang Muslim. Allah SWT telah mengemukakan keterangan dan panduan pengambilan makanan yang halal dan tayyib dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Justeru, mendapatkan makanan halal dan tayyib berkait rapat dengan pemilihan premis makanan halal. Walau bagaimanapun, permohonan pensijilan halal untuk premis makanan tidak diwajibkan di Malaysia. Hal ini menjadi persoalan bagaimana penerapan konsep halalan tayyiban di premis makanan diamalkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan konsep halalan tayyiban ke atas premis makanan mengikut al-Quran, Hadis Rasulullah SAW, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan peraturan kebersihan makanan. Bagi mencapai matlamat ini, analisis konsep telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan induktif. Analisis ini adalah berdasarkan kajian perpustakaan. Berdasarkan analisis tersebut, terdapat lima faktor penerapan konsep halalan tayyiban yang boleh digunakan dalam menentukan premis makanan halal. Lima faktor tersebut ialah makanan dan minuman, pekerja, sistem sanitasi, peralatan dan sistem pengurusan. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengguna Muslim dalam pemilihan premis makanan halal dan membantu penggiat industri dalam membangunkan premis makanan halal.
Hazwani Kamarudin, Norhidayah Pauzi, Saadan Man Copyright (c) 2022 Journal of Fiqhiyyat http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/25 Fri, 01 Jul 2022 00:00:00 +0000 The Importance Of Understanding The Character Of A Couple Towards Enhancing Sakinah, Mawaddah And Rahmah: An Analysis Of A Neuroscience Perspective http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/24
Marriage is one of the sunnah (ways) of the prophet Muhammad pbuh, whereby it is a way of attaining a woman as a life partner legally. It is in line with the concepts of sakinah (tranquility) mawaddah happiness) and rahmah (mercy). Therefore it is obligatory for Muslims to follow the Sunnah of the prophet pbuh. The Sunnah of the prophet are vary, some can be understood and taken literally, while others need deeper understanding. However, the ones which need deeper insight are not being studied properly, nor being applied as life guidance. One of the examples of the Sunnah is for a married couple to put the utmost effort in understanding the characters of his/her spouse. Most of marriages are functioning only through superficial understanding. This article intends to analyse the importance of understanding both parties of a married couple from neuroscience view. A qualitative research is seem to fit in obtaining the objectives of this study. Data finding will be gained through observation as well as a thorough analysis of the documents gathered from the findings of Muhaya Mohamad, who's research is on men and women's hormonal changes and their original characteristics. The analysis is based on thematic analysis. The finding of this study shows that all of the married couples have faced difficulties in understanding their partner, which they believe as one of the reasons of the conflict in their marriage, resulting in a divorce. It is suggested that the upgrading in marital procedure should be implemented by the state religious authority in order to curb the increasing pattern of divorce among Muslims.

Abstrak
Pernikahan adalah sunnah Nabi SAW dan merupakan salah satu daripada dua cara untuk memiliki wanita sebagai pasangan hidup serta bertepatan dengan konsep sakinah, mawaddah dan rahmah. Oleh itu, selayaknya dan sewajarnya apa yang diperintahkan oleh Nabi perlu dipatuhi sepenuhnya. Ada perintah Nabi SAW yang boleh difahami secara tersurat, bahkan tidak dinafikan ada juga yang difahami secara tersirat. Malangnya, apa yang tersirat ini belum sepenuhnya digali dan jadikan sebagai panduan. Antaranya adalah berusaha untuk memahami bagaimana sikap, karakter pasangan masing-masing. Kebanyakan pasangan hanya melihat secara tersurat semata-mata. Artikel ini berhasrat untuk menganalisis kepentingan memahami pasangan dari aspek neurosains. Kajian secara kualitatif dilihat amat sesuai untuk menjawab objektif tersebut. Data akan diperolehi menerusi kaedah pemerhatian secara langsung serta penelusuran terhadap dokumen-dokumen yang diperolehi dari penemuan Muhaya Mohamad mengenai hormon wanita dan lelaki yang melibatkan sifat semula jadi bagi kedua-dua jantina ini. Seterusnya data dianalisis berasaskan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua pasangan masih tidak mampu memahami karakter pasangan masing-masing dan akhirnya ia dianggap sebagai punca tercetusnya pergolakan rumah tangga dan tidak sedikit yang berakhir dengan perceraian. Kajian seperti ini dapat diteruskan dan diterapkan oleh pihak berkuasa agama negeri khususnya bagi membendung peningkatan statistik perceraian khususnya dalam kalangan umat Islam.
Junainah Hanim Mohamed Nor, Zul-kifli Hussin Copyright (c) 2022 Journal of Fiqhiyyat http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/24 Fri, 01 Jul 2022 00:00:00 +0000 The Effectiveness Of Global Tahfiz Game (GTG) Gamification In Teaching & Learning In Malaysia http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/26
Gamification is one of the significant flexible education teaching aids with 21st Century Learning. This study aims to measure the level of effectiveness of the Global Tahfiz Game (GTG) in education. This matter is important to evaluate the effectiveness so that the GTG method in education is able to increase students' understanding in mastering the knowledge of tajwid and tahfiz. The use of quantitative method involved the distribution of questionnaires to three hundred and sixty (360) respondents of students in several selected tahfiz educational institutions. In general, this study found that the effectiveness level of GTG in education was good. The result of the study can also become a benchmark for the development of gamification-based innovation product, which can improve and enhance other innovation products in fields that are less emphasised. This can benefit the Muslim community, in particular, and the public, in general.

Abstrak
Gamifikasi merupakan salah satu bahan bantu mengajar pendidikan fleksibel yang signifikan dengan Pembelajaran Abad Ke-21. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan Global Tahfiz Game (GTG) dalam pendidikan. Perkara ini penting bagi menilai  keberkesanan agar kaedah GTG dalam pendidikan mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dalam menguasai ilmu tajwid dan tahfiz.  Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada tiga ratus enam puluh (360) responden yang terdiri dari murid-murid dan pelajar di beberapa buah institusi pendidikan tahfiz terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap keberkesanan GTG dalam Pendidikan adalah di tahap yang baik. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan penanda aras bagi pihak pembangun produk inovasi berciri gamifikasi untuk melakukan lebih penambahbaikan dan penghasilan produk inovasi lain untuk bidang-bidang lain yang masih kurang diberi penekanan untuk kebaikan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat umum amnya.
Azman Ab Rahman, Muhd Faiz Abd. Shakor, Afaf Sukari, Nurul Nadia Nozlan, Nur Wahida Lokman Copyright (c) 2022 Journal of Fiqhiyyat http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/26 Fri, 01 Jul 2022 00:00:00 +0000 The Islamic Law Of Disassembling The Grave And Transferring Bodies Because Of Need http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/27
This article discusses the Islamic ruling of disassembling graves and transfering bodies because of necessity. This article used a qualitative methodology that is document analysis. Reference is made to the books of fiqh of the four schools of thought, the fatwas of institutions and the individual views of contemporary Islamic scholars. This study found that the Islamic ruling of disassembling graves because of necessity is permisible if there is an emergency or a specific need.

Abstrak
Artikel ini membincangkan hukum membongkar kubur dan memindahkan mayat kerana keperluan. Artikel ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu analisis dokumen. Rujukan dibuat terhadap kitab-kitab fiqh empat mazhab, fatwa-fatwa institusi dan pandangan individu sarjana Islam kontemporari. Dapatan kajian mendapati bahawa hukum membongkar kubur kerana keperluan adalah diharuskan sekiranya terdapat darurat atau keperluan tertentu.
Irwan Mohd Subri, Mohd Hapiz Mahaiyadin, Jasni Sulong, Zulfaqar Mamat Copyright (c) 2022 Journal of Fiqhiyyat http://fiqhiyyat.com/index.php/fiqhiyyat/article/view/27 Fri, 01 Jul 2022 00:00:00 +0000